Friday, October 16, 2009

10 Sebab Wanita diseksa di Akhirat

بسم الله الرحمن الرحيم
Salamun'alaik


Memandangkan broadband WiFi P1 dah hari2 jadi umpatan orang, saya pun join mengumpat jua, decide untuk cuba. Berkat share dgn seorang teman serumah, dapat la slalu view blog ni even postnya kdg2. Memang laju.Yela, baru lagi,,celcom yang da lama tu pun msh blom cover suma tempat,inikan pulak yg baru ni, tapi saya hope akan laju cmni slalu!ngeh3..Sblm memulakan bicara,saya doakan smoga sahabat handai,saudara saya berada  dalam barakah hendaknya. Tidak lupa juga utk Ummat di Padang, semoga Allah memberikan kesabaran kpd semua dan dugaan itu mendekatkan lagi mereka dgn Penciptanya. 


Hari ini saya ingin menyentuh isu ttg saya. EHEM? haha..mksud saya, ttg wanita..yang nyata. Menyentuh tentang isu wanita, perempuan, marka, awek, gewe, mek, gurl, cika mengingatkn saya pada dawaian maksud yg serupa namun berlainan situasinya. Yang menyamakan setiap satu rantaian di atas adalah kesemuanya melibatkan kaum fitrah yang serupa. Bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita, saya jadikan Ummi saya sebagai role model dalam setiap langkah yang saya sedang,ingin atau bakal atur saban hari. Pendekatan yang Ummi saya gunakan menyebabkan kami sebagai anak-anak sangat selesa untuk berkongsi apa sahaja walaupun perkara itu adalah bermula daripada kesalahan kami. (nok ke,tak mboh ke, aish..rase nok kabo gok,dok au bakpe, kalu dok kabo,rase macang ade lembu nok kejo alek belakang, nok lari memang koho dokleh sebab kejang orak! snang kate serba dok kne r!) Huh..hebat2.."ummi hebat":) . Itulah wanita, bukan nak memuji Ummi saya, tetapi memang lumrah pada apa yang baik kita teladankan bersama, mungkin ketelitian ibu anda melebihi ruangan yang lebih sempurna tetapi saya sebagai insan, yang bergelar anak perempuan, kakak,adik perempuan, ibu,nenek dan sebagainya perlu sentiasa bersyukur kerana semuanya datang dariNya. DariNya, segalanya sempurna InsyaAllah


Tetapidimana silapnya setelah segala ketelitian yang kita jaga sehari-hari samada dalam mengatur langkah keluar rumah,ke jami'ah, kolej,pertuturan,gurauan,makan,minum,pengelihatan,serta adab-adab yang lain menjadikan kita secara major berkampung di NERAKA?  Rasa takut setiap kali saya teringat akan kenyataan tersebut kerana pada akal pendek saya, saya pernah cakap "apa susah, ikut ja la apa yg Nabi(SAW) kita suruh,kan senang" tapi hakikatnya? Kita lalai dalam perlaksanaannya tanpa sedar..(ada yang sedar tp?(sigh**)kesempatan yang ada sebelum zuhur ni, apakata luangkan sejenak, jum kita sama-sama tgk KITA.


sekadar gambar hiasan**


Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah a.a.w, Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w Sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah, mengapa Rasulullah menangis?" 



Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:



1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.
memang gambar hiasan**

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.


4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala. 


6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka. 


7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.


8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya sepertti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan 

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing danbeberapa ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya dan para malaikat memukul kepalanya dengan palu mereka dari neraka.


Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut. 





Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakku Fatimah, adapun :



• Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu Menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.


• Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda "sesaorang wanita yang menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Seseorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya dan para malaikat juga melaknatinya." 


Dari Utsman r.a. berkata "sesaorang perempuan yang mengatakan kepada suamminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari. 


• Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya. 


• Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas. 



• Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.

• Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memahsyurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya kerana perhiasan yang dia pakai.

• Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kala jengking  kerana dia boleh bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil wudhuk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub. 

• Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti kaldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

• Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya




Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".


Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"


Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"


Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".



Alhamdulillah,pnuh!!:)**


Wallahualam....
Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita sementara menjelang pengakhiran yang akan memulakan satu lagi kehidupan kekal, semuanya disusuli ni'mah dah hikmah..Baaaanyak. Kesemuanya atas kita, banyak yang kita buat, banyak la yang kita dapat samada baik atau buruk,,GOOD DID WILL NOT GO UNREWARDED, cmtu jgk dgn sebaliknya...Sebelum berakhir, saya share ttg satu buku latest yg saya habiskan.Bukan makan, tp baca.heh...Buku tu ttg UMMU SULAIM :) (kisah seorang wanita yang penuh dgn kesabaran,ketaatan,ketabahan yang berkahwin dgn seorang hartawan kafir. Perkahwinan tersebut telah mencetuskan mahar yang terbesar dalam SEJARAH ISLAM,pheeew!!) Hebatkn? Nak jd Ummu Sulaim?nak?xnak?nak?xnak?saya nak!!haha..pcaya la,lazat sgt cerita ni, korang kna baca,baek muzakkar atopon musanna, Kalau daripada saya,saya wajibkan.;>  Reveal yang lengkap?emailkn ja kt:rustyqalaam@rocketmail.com

**LOVE 'N' RESPECT**
***iLiB'sTune**
10


0 comments:

Post a Comment

TENTANG BLOG Ana'aQu

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamual'alaikum w.b.r
Hanya sekadar pemula,xde apa yang istimewa tentang site ni melainkan ia istimewa kpd tuan punya blog ni shj..:) Memandangkan baru bertatih build up blog ni, agak banyak jgk la bulu kening ni gugur, jari tangan pun da serupa ranting da,ye la..nak siapkan pun sampai merah2 mata duk stared kt coding-coding tu.Arrrgh!! Its almost 2 weeks! But still under construction.Anyway, sign up untuk blogging ni bukanlah untuk meraih palls semata, but bila umo da semakin tue ni, rase mcm celik pada zahir tapi hakikatnya buta pada batinnya.Yela, hehe. Bese la, bila jumpa kawan, ayat last dorang bila nak berpisah bunyi camni "t jgn lupa kontek kita ea uni,ade e-mail kan?blog ada?" (R?blog?bkn dr. Mahathir pnye site ka tu?) itu la yg saya terlintas kt fikiran last 3 years bila kawan saya lontar propaganda berbentuk soalan tu.Hahaha,,lawak bila pikir balik,harap2 adek2 saya x baca post ni.Bukan malu,tp ..6t x rock la beb..apepun,skang da final sem,a sem which gimme a bundle of free time,suppose there are few projects and a research to be completed, tp ni la contoh pelajar 'buta' yg ske ambil kesempatan, hihihi..(jgn ikut) kalau kwn2 rase bosan nengok blog ni,do drop some comments or an advise la..dialu2 alukan.SAYA BUDAK BARU BELAJAR, KALAU SALAH TLG e-mailkn ke rustyqalaam@rocketmail.com

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP